Pelakon drama Nur, Atiq Azman cedera kemalangan motosikal berkuasa tinggi
Pelakon drama rantaian fenomena Nur, Atiq Azman mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran Jelebu, Negeri Sembilan sebentar tadi.
Menerusi laman Instagram, Atiq atau nama penuhnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman berkongsi beberapa momen kejadian ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Bagaimanapun, pelakon berusia 20 tahun itu meluahkan rasa syukur tidak mengalami kecederaan parah setelah mendapat rawatan lanjut di Hospital Jelebu.
“Allahu nasib baik okay alhamdulillah Ya Allah. Hati2 ye sebab rasanya ada grabble (pasir halus), Atiq tak overshoot okay je tapi rasanya disebabkan tula hm.
“Takpe Atiq okay takde cedera teruk, terima kasih kawan2 jugak bantu. Terima kasih yang lain jugak sampai hujan dekat Genting Peras..
“..lagipun Atiq first time situ nak kenal jalan. Terima kasih juga sahabat rapat Atiq ikut pergi hospital,” kongsinya.
Rata-rata peminat serta pengikutnya terkejut dengan kejadian tersebut selain mendoakan agar pelakon itu kembali pulih seperti biasa.
Sumber : Atiq Azman